Thursday, November 4, 2010

GALAS: PAS Kalah Kerana Propaganda UMNO Turut DIsebarkan oleh Kepimpinan PAS Sendiri

GALAS: PAS Kalah Kerana Propaganda UMNO Turut DIsebarkan oleh Kepimpinan PAS Sendiri


GALAS: PAS Kalah Kerana Propaganda UMNO Turut DIsebarkan oleh Kepimpinan PAS Sendiri

Posted: 04 Nov 2010 02:54 PM PDT

Saya masih tak dapat maklumat lengkap berkaitan GALAS. Namun, dari beberapa maklumat awal yang saya dapat, izinkan saya berkongsi maklumat dengan pihak tuan/puan pembaca sekelian. Kalau ada maklumat saya yang salah, sila perbetulkan:

1.0 Majoriti pengundi PAS di luar kawasan, terutama pengundi muda TIDAK PULANG MENGUNDI kerana hari mengundi yang diadakan pada hari bekerja. UMNO seharusnya berterima kasih dengan SPR kerana membantu UMNO memastikan pengundi2 PAS tidak dapat datang untuk mengundi.

2.0 Kempen PAS begitu MANDOM dan "DEFENSIVE". Serangan utama UMNO kepada PAS, yakni PAS dipergunakan oleh DAP, tidak dijawab langsung ataupun dibiarkan tanpa jawapan yang baik dan jelas. Saya tidak terkejut kerana tuduhan UMNO ini turut diungkap dalam nada yang sama oleh pemimpin2 dalaman PAS seperti Hasan Ali dan Dato Harun Din.

Misalnya, Dato Hasan Ali pernah membuat menyatakan kejatuhan kerajaan PR Perak adalah natijah dari PAS diperkudakan DAP. Sila dengar rakaman ucapan Dato Hasan Ali seperti di bawah:



Malahan, sewaktu seminggu sebelum penamaan calon di Galas, TImbalan Mursyidul AM PAS sendiri memainkan sentimen membenci DAP di kalangan ahli2 PAS. Saya ada rakaman ucapan tersebut dan saya menunggu lampu hijau untuk mendedahkan rakaman tersebut.

Tiba-tiba dalam kempen Pilihanraya Kecil Galas, sentimen "anti DAP" yang dimainkan oleh kepimpinan PAS ini turut dimainkan oleh UMNO.

Ahli2 PAS yang telah dikempen untuk membenci DAP TERUS MENJADI LEMAH disebabkan oleh serangan UMNO ini kerana sebelum ini pun mereka telah dikempen untuk membenci DAP oleh kepimpinan PAS sendiri.

Bagi saya, kepimpinan PAS yang memainkan sentimen anti DAP ini memberi saham kepada UMNO di dalam menjana kemenangan UMNO. Adalah lebih baik mereka ini isytihar masuk UMNO dan berjuang bersama UMNO.

3.0 Undi-undi orang Asli yang tidak diizinkan oleh SPR dikira di tempat pembuangan undi. Terpaksa diangkut menaiki helikopter dan kenaikan undi orang Asli ini begitu mendadak tingginya.

4.0 Lebih menghairankan kejatuhan undi PAS cuma -265 undi namun kenaikan undi UMNO begitu tinggi sehingga 1265

Kesimpulannya, kalau PAS nak kekal menang dan menambah kerusi, haruslah dibuang anasir UMNO ini dari PAS seluruhnya. Kalau masih kekal anasir UMNO ini saya tak jamin PAS dapat memberi tentangan yang hebat kepada UMNO dalam pilihanraya umum nanti.

UMNO cuma perlu memainkan sentimen anti DAP yang sekarang ini begitu aktif disebarkan oleh kepimpinan2 PAS sendiri.

Tulang Besi



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kemenangan Di Batu Sapi Dan Galas Bukti Keyakinan Rakyat Terhadap BN

Posted: 04 Nov 2010 10:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: 04 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi pada Khamis sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN.

"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangankan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci (detail) dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam tadi.

Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."

"Saya beri jaminan janji-jani BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Galas daripada PAS," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata beliau berharap kemenangan ini satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna. Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir."

"Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi," katanya.

Beliau berkata dengan membuat perubahan secara berterusan BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan yang begitu kukuh dan padu.

Najib turut merakamkan terima kasih kepada jentera BN yang dipimpin timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka telah berkerja dengan penuh semangat, dan menunjukkan komitmen yang begitu kental sehingga mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang Ketua Umno Bahagian Gua Musang kerana menjadi pengarah jentera pilihan raya BN di Galas dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mengetuai jentera pilihan raya BN di Batu Sapi.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing turut bertungkus lumus membantu di Galas dan Batu Sapi.

"Semua telah menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi untuk mencapai kejayaan walau menghadapi saingan begitu sengit sekali," katanya. -BERNAMA.


Aziz Janji Galas Masalah Rakyat

Posted: 04 Nov 2010 10:06 AM PDT

GUA MUSANG: 04 Nov – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang baru, Abdul Aziz Yusoff berjanji akan cuba menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya terutama isu pembangunan.

Beliau yang memperoleh majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu memajukan rakyat di Galas setelah mereka memberikan mandat yang tinggi.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakyat Galas kerana memberikan kepercayaan kepada saya dengan begitu banyak dan menaruh keyakinan kepada saya sebagai "orang baru" dalam DUN," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil DUN Galas di sini malam tadi.

Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid mengumumkan Abdul Aziz, dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Beliau berkata keyakinan itu jelas diterjemahkan melalui jumlah undi terutama masyarakat Melayu, kaum Cina, India dan orang Asli yang mahukan pembangunan yang lebih baik daripada BN. Katanya kesemua mereka jelas menolak kepimpinan kerajaan Pas Kelantan yang masih gagal mengubah taraf kehidupan mereka sejak memerintah negeri itu selama 20 tahun.

Katanya beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan jentera BN, termasuk MIC, MCA dan PPP, yang memberikan kepercayaan serta sokongan kepada dirinya.

"Saya tidak ada apa-apa janji lain cuma saya akan berkhidmat sebaik mungkin dengan sedaya-upaya saya," katanya dengan tersenyum. -BERNAMA


Faktor Ku Li Dan Penerimaan Rakyat Beri Kemenangan Besar Kepada BN Di Galas

Posted: 04 Nov 2010 10:06 AM PDT

GUA MUSANG: 04 Nov – Ketokohan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan penerimaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai pemangkin kepada perubahan di Kelantan menjadi antara faktor utama kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Kekuatan BN di Galas dipengaruhi ketokohan dan jasa Tengku Razaleigh, yang merupakan anak raja pencetus kepada pembukaan serta pembangunan Gua Musang, sewaktu menjadi Menteri Kewangan, sehingga kawasan itu menjadi pintu masuk ke Kelantan daripada Kuala Lumpur dan negeri-negeri daripada Pantai Barat, melalui Cameron Highlands.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", merupakan tokoh yang dihormati dan beliau merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmat sebagai wakil rakyat iaitu selama 41 tahun mulai 1969.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 Sept lalu.

Kemenangan calon BN Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti besar 1,190 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid, malam tadi.

Ia sekaligus menjadikan kemenangan pertama BN dalam pilihan raya kecil di Kelantan selepas pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai tahun lepas.

Dengan kemenangan itu, BN kini menguasai kesemua kerusi DUN bagi Parlimen Gua Musang, selain Nenggiri dan Paloh.

Malah kerusi BN kini bertambah menjadi tujuh kerusi di dalam DUN, Pas pula susut satu kerusi menjadi 37 kerusi dalam DUN dan satu kerusi lagi milik sekutu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut pemerhati politik, boleh dikatakan corak kempen yang diatur Tengku Razaleigh dengan cara bersemuka bagi memenangi hati pengundi banyak menyumbang kepada kemenangan BN.

Malah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menyerahkan kepada kebijaksanaan Tengku Razaleigh sebagai Pilihan raya BN kawasan Galas untuk menentukan corak kempen itu.

Muhyiddin sedar Tengku Razaleigh lebih memahami sikap dan keperluan pengundi, logistik dan taburan penduduk sebelum merangka strategi itu.

Menurut pemerhati politik, dengan strategi baru berkempen secara berhemah bagi mendekati 11,553 pengundi di DUN Galas, ia diterima baik oleh penduduk Galas.

Ia berbeza sebelum ini apabila BN tidak lagi menumpukan kepada program besar-besaran dengan menjadikan pemimpin besar sebagai 'umpan' bagi memancing kehadiran penduduk.

Malahan di kawasan 1,889 pengundi Orang Asli, BN meletakkan jenteranya di rumah-rumah mereka untuk menetap di sana bagi memberikan penjelasan serta membantu Orang Asli termasuk di Pos Hendrop, Pos Blau, Kuala Betis dan Pos Brooke.

Faktor calon baru BN Abdul Aziz turut menyumbang kepada kemenangan itu kerana beliau lebih dekat dihati rakyat kerana pernah bertugas sebagai pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab memacu pembangunan Hulu Kelantan.

Berbanding calon Pas Dr Zulkefli, yang pernah tewas dua kali dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008 dengan Tengku Razaleigh di kawasan Parlimen Gua Musang, ia menunjukkan rakyat telah mengenali siapa sebenarnya Dr Zulkefli.

Gerak kerja Umno Kelantan yang menumpukan perhatian terhadap empat kelompok pengundi warga emas yang menerima bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat, wanita, pemuda dan golongan agama, juga banyak membantu.

Menurut pemerhati politik, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melihat bahawa keempat-empat kelompok itu perlu didampingi kerana mereka juga merupakan penentu kepada kejayaan BN.

Menurut pemerhati politik, faktor lain seperti kerjasama berpasukan jentera pilihan raya dalam parti-parti komponen BN juga tidak boleh diketepikan.

Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan Kerajaan Pas Kelantan juga turut dibelenggu dengan kelemahan pentadbirannya selama 20 tahun yang kian "membuka pekung di dada" dan antara isu yang timbul ialah isu untuk membangunkan lagi kawasan Gua Musang serta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia.

Selain itu, pengundi turut menilai isu "Ladang Rakyat" yang dilihat gagal kerana menimbulkan kemarahan rakyat kerana tanah yang mereka usahakan selama 20 tahun dengan tanaman getah dan sawit diambil balik kerajaan negeri untuk diberikan kepada syarikat pemaju.

Malah masyarakat Orang Asli sendiri kecewa dengan kerajaan negeri yang selama ini banyak mengabaikan kebajikan mereka termasuk dalam soal tanah menyebabkan kawasan yang menjadi tempat memburu dan bertani kini diceroboh pihak luar.

Bagi BN, yang menjadi parti membawa perubahan kepada pembangunan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, usaha itu telah terbukti sejak 53 tahun negara merdeka dan kejayaan itu mendapat perhatian masyarakat pelbagai kaum di Galas dan jajahan lain di negeri itu yang terlalu lama dahagakan pembangunan sejak 20 tahun lalu di bawah kerajaan Pas Kelantan yang masih gagal melaksanakannya.-BERNAMA


N45 Galas: SPR Anggap Kertas Undi Silap Cetak Mengarut

Posted: 04 Nov 2010 10:04 AM PDT

GUA MUSANG: 04 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan dakwaan bahawa terdapat kertas undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak tercetak lambang parti politik yang bertanding adalah karut dan tidak benar.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan berkenaan sengaja dibuat bagi menimbulkan keraguan dan mengganggu proses pilihan raya.

"Ini cerita karut, saya pun hairan bagaimana mereka boleh mengada-adakan cerita begini.

"Kalau benar wujudnya perkara berkenaan, SPR adalah pihak pertama yang mengetahui mengenainya. Tapi saya dimaklumkan oleh ketua pusat mengundi di peti-peti undi tersebut, tidak berlaku perkara sedemikian," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tiga laporan polis yang dibuat oleh penyokong PAS yang mendakwa kertas undi mereka tidak tercetak lambang parti politik sebaliknya hanya tertera nama calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Tiga yang berkenaan ialah Zainab Jalar yang juga isteri kepada calon PAS yang mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRKJC) Gua Musang.

Turut mengalami situasi yang sama ialah dua lagi pengundi iaitu Asmah Salleh dan Zaleha Salleh yang masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Jaya dan SK Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, beliau yakin perkara berkenaan tidak berlaku kerana proses pengeluaran kertas undi berkenaan dilakukan dengan teliti dan diperiksa oleh pegawai SPR.

"Semua kertas-kertas undi dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan setiap satu daripadanya akan diperiksa dengan teliti oleh pegawai-pegawai SPR.

"Saya pun tak faham bagaimana cerita-cerita karut ini boleh timbul," katanya.


Kemenangan Besar BN Bukti Pengiktirafan Kempimpinan Najib

Posted: 04 Nov 2010 10:00 AM PDT

SANDAKAN: 04 Nov – Kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN)pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Kelantan merupakan pengiktirafan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan itu juga bukan sahaja amat istimewa kepada Najib tetapi juga pengiktirafan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Inilah satu keputusan yang amat istimewa kepada Perdana Menteri kita. Kita ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Perdana Menteri. Pastinya ini adalah kemenangan yang cukup bermakna di atas kepimpinan beliau yang saya kira sudah diterima (rakyat).

"Gagasan 1Malaysia diterima. Segala usaha-usaha pembangunan yang telah diperkenalkan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah diambil oleh Najib.

"Saya anggap ini satu pengiktirafan terhadap segala yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri kita," katanya kepada pemberita selepas keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diumumkan di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, malam tadi.

Calon BN di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi setelah meraih 9,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi.

Menurut Muhyiddin, kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas juga menunjukkan trend perubahan ketara sokongan rakyat kepada BN apabila keputusan-keputusan peti undi menunjukkan bahawa BN bukan sahaja mendapat sokongan kuat daripada bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi juga sokongan ketara daripada pengundi Cina dan lain-lain.

"Seperkara yang jelas di sini ialah rakyat di Batu Sapi saya lihat bukan sahaja menyokong BN tetapi masih mahukan BN berperanan lebih ke depan lagi untuk membela nasib mereka.

"Saya telah bincang dengan Ketua Menteri Menteri Sabah bahawa apa sahaja janji telah kita buat akan kita laksanakan di bawah satu jawatankuasa yang dipantau sendiri oleh beliau.

"Ini adalah jaminan yang telah kita persetujui dan akan dipenuhi seratus-peratus, InsyaAllah. Inilah satuperkembangan yang sangat signifikan selepas sahaja banyak perubahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan," kata Muhyiddin.

Menurut Muhyididn keputusan pilihan raya Batu Sapi juga merupakan justifikasi kepada penolakan rakyat terhadap pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang ketika berkempen termasuk isu 'Sabah For Sabahan' dan autonomi Sabah jelas ditolak rakyat Sabah.

"Satu perkembangan menunjukkan bahawa rakyat Sabah menerima mereka adalah sebahagian daripada seluruh rakyat 1Malaysia ini," katanya.

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang menyokong B Ndan Musa dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing merupakan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya BN di Batu Sapi yang begitu gigih bekerja hingga mencapai kejayaan.

Selain itu Muhyiddin turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengarah jentera pilihan raya kecil Dun Galas Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalannya Datuk Seri Mustapa Mohamed serta seluruh jentera BN di Galas atas usaha gigih mereka sehingga mencapai kejayaan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak pasukan keselamatan yang telah berusaha memastikan proses pilihan raya berjalan dengan licin dan berjaya," katanya.


Student Caned For Having Non-Halal Food - By Joseph Tawie.

Posted: 04 Nov 2010 10:20 AM PDT

A 10-year-old schoolboy here received 10 "whacks on his palm" for bringing fried rice with pork sausages to eat in school during recess.

A senior teacher at the St Thomas Primary School here caned Basil anak Baginda 10 times on his palm for bringing non-halal food to school.

His mother, Angela Jabing, disclosed this incident at a press conference yesterday much to the shock of several PKR women leaders who were present.

"My son Basil anak Baginda, aged 10, has been with St Thomas' Primary School, Kuching, since his kindergarten years. On Oct 15, I prepared fried rice with pork sausages for my son to bring to school for his recess. However, I was shocked to learn that he was punished and caned 10 times on the palm by the senior assistant for bringing non-halal food to school," she said.

"I have never received any written circular from the school that children cannot bring non-halal food to the school," added the distraught mother.

Unsatisfactory explanation

Jabing said on Oct 19, she went to the school to seek a clarification of the incident.

"I met the principal who was at the time sitting with the senior assistant in the senior assistant's room. Instead of clarifying the reason for my son's punishment, the senior assistant said that he could not remember the incident," Jabing said.

According to her, the senior assistant had summoned her son to his office to explain himself and had later told her not to blow up the incident as it was a sensitive matter.

Jabing said that the headmaster had also told her that in February this year, the senior assistant had announced during the school assembly that the studentswere prohibited from bringing any non-halal foodstuff to school, even for their own consumption as an act of respect for the Muslim students.

"I was not satisfied with the explanation, so I wrote in asking for a written explanation within three working days. On the third day, I received a call from the principal who requested to meet me on Oct 28. I still insisted on a written reply on the matter and was told by him to collect the letter the following day. The letter did not properly answer my question on why my son was caned 10 times for eating fried rice with non-halal sausages. Is this a justified action taken by the school on schoolchildren?" she asked.

Ministry must investigate

Jabing also wanted to know whether the school was trying to implement this "non-halal" food rules on children's food brought from home.

She also wanted to know if the instruction came from the Education Ministry.

Meanwhile, PKR women leaders present at the press conference have demanded that the ministry investigate the incident.

They said if left alone, the issue could turn "very ugly" especially in a mission school.


Courtesy of Free Malaysia Today


Tahniah kepada YB Aziz, syabas TR.

Posted: 04 Nov 2010 10:45 AM PDT

Seperti yang dijangkakan dari awal, Aziz Yusuf memenagi PRK DUN Galas dengan majoriti sebanyak 1190, mengalahkan Dr Zulkifli dari PAS. Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya telah membuat telahan berdasarkan kepada sedikit sebanyak tentang 'mood' pengundi Gua Musang yang akan memberikan kelebihan kepada calun BN itu. Justru kemenangan yang diperolehi oleh Aziz itu adalah kemenangan yang sudah dijangkakan dari awal lagi.

Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang itu adalah pilihan dan dukongan Tengku Razaleigh dan faktor itulah yang menyebabkan kemenangan yang agak besar bagi calun BN ini Banyak pihak tidak mahu mengakui yang siapa sahaja yang didukong oleh TR akan mendapat kemenangan dengan agak mudah. TR merupakan induk kepada sokongan rakyat disana dan kalaulah kita melaksanakan kempen mengikut cara yang lazim kita lakukan ditempat-tempat yang lain kemenangan BN disini mungkin menjadi perkara yang sangat payah untuk dicapai.

PRK diGua Musang ini adalah PRK yang agak lain dari yang lain. TR telah meminta supaya kita tidak sibuk dengan ceramah-ceramah besar dengan poster-poster yang lebat digantung ditepi-tepi jalan. TR mempunyai cara beliau yang tersendiri kerana beliau adalah 'warlord' yang besar dikawasan itu kerana beliau telah bergelumang dengan politik Gua Musang sejak lebih dari 40 tahun lalu.

Dengan kekuatan jentera PAS Kelantan menonjolkan UMNO atau BN tidak mampu untuk meraih kemenangan bagi BN. Kemenangan ini merupakan kemenangan TR secara peribadi. Dimana-mana kita menyaksikan anak-anak muda memakai kemeja-T yang tertulis "Ambo nok parti Ku Li' dan ini merupakan bukti dan dalil sahih yang kemenangan calun BN ini merupakan kemenangan TR secara peribadi, disamping peribadi Aziz yang agak lebih bersih dari calun-calun lain dan dengan calun PAS itu sendiri.

Kita boleh rumuskan kemenangan calun BN ini berdasarkan kepada sebab dan penyebab yang realistik.

Pertamanya pengaruh TR yang telah sebati dikawasan itu tidak boleh dipersoalanoleh sesiapa, keuali ada pihak dalam politik dalaman UMNO itu sendiri tidak merasa senang dengan pengaruh peribadi TR disana. Samada seteru politk dalaman atau seteru politik 'inter-party' tidak akan mudah untuk melenyapkan pengaruh peribadi TR diGua Musang.

Kali ini UMNO telah menumpang pengaruh TR walaupun pada masa yang lalu permainan politik 'intra-parti didalam UMNO telah berusaha untuk menjatuhkan TR dengan gigihnya. Itulah sebabnya TR tidak berapa gemar dengan cara kempen yang dilakukan oleh ahli-ahli parti yang memusuhi pihak lawan dengan keterlaluan sehingga menghilangan semangat demokrasi yang sebenarnya.

TR yang memahami kecenderungan ahli-ahli UMNO untuk berkempen secara kasar dan kata-kata ganas akan belaku maka beliau mengambil keputuan untuk berkempen mengikut cara beliau tanpa meluahkan kata-kata yang boleh menjatuhkan imej parti. Beliau mengambil sikap mendekati rakyat dengan berhemah yang sesuai dengan kedudukkan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Walaupun pihak PAS bertindak agak 'emotional' diakhir siri kempen tersebut, TR dan jentera beliau tetap mempertahankan sikap untuk bersabar dan terus mengambil jalan yang telah beliau tentukan dalam siri kempen ini. Menunjukkan sifat garang dan bengis tidak memberikan penambahan kepada sokongan orang ramai.

Sikap sederhana tetap menjadi 'model' terbaik bagi memenangi hati rakyat jelata dan saya telah pun mencadangkan supaya 'model' kempen diGua Musang ini dijadikan contoh bagi BN jika menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kaedah kempen yang dipergunakan diGua Musang tentunya akan memberikan impak yang sama jika dilakukan ditempat-tempat yang lain. Tetapi hanya orang yang boleh melakukannya sahaja yang akan berjaya mempraktikkan kaedah kempen ini.

Justru tidak salah jika ramai yang berpendapat yang TR boleh diberikan tanggungjawab itu untuk mengepalai mama-mana pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihan raya umum dimasa-masa yang akan datang. Perasaan dan 'sesitiviti' orang Gua Musang tidak banyak perbezaan dengan perasaan rakyat ditempat lain maka adalah realistik jika TR diberikan tugas mengepalai kempen-kempen itu ditempat-tempat yang lain.

TR dihormati oleh kawan dan lawan samada didalam BN sendiri atau dikalangan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang. 'Stature' beliau sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh semua pihak itu boleh memberikan kemungkinan yang TR mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh dijadikan pelengkap kepada usaha mencari titik pertemuan bagi mencapai perpaduan dikalangan pemimpin-pemimpin yang bertelagah dan berpecah kini.

TR perlu memainkan peranan untuk menyatukan kepimpinan semua pihak bagi mengelakkan dari perpecahan besar yang sedang berlaku bukan sahaja didalam UMNO tetapi didalam perhubungan diantara komponen-komponen BN dan masalah dalaman yang melanda setiap parti-parti dalam komponen itu.

Kemenangan TR diGua Musang ini juga mampu mengadun kerjasama baik diantara parti-parti dalam BN dan juga parti-parti didalam PKR kerana TR merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai perseselisihan dengan mereka. Jika kita serius dalam usaha untuk menyatukan rakyat maka TR boleh memainkan peranan besar dalam pencapaian matlamat murni ini.

Hanya pemimpin yang lemah sahaja yang tidak mahu mengakui hakikat ini kerana hendak melindungan kelemahan-kelemahan yang nyata yang ada pada mereka. Walau bagaimana pun kita berikanlah ucapan tahniah kepada Aziz Yusuf kerana memenangi kerusi DUN Galas dalam pilihanraya kecil ini.

Semoga Aziz tidak menghampakan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat kepadanya. Aziz perlu faham yang beliau adalah pilihan rakyat dan pilihan sesiapa. Maka jagalah diri. Jagalah adab dan adat sebagai pemimpin Melayu.

Tetapi saya yakin, beliau mampu menjadi pemimpin rakyat dan bukannya pemimpin dari kayangan. Aziz faham yang Galas khasnya memerlukan pimpinan yang selalu berada bersama rakyat.

Tidak lengkap kalau saya tidak mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang mengepalai jentera PRK ini kerana membuat pilihan calun yang tepat untuk melangsungkan PRK DUN Galas ini dengan sempurna dan membawa kejayaan yang memberangsangkan.


The Melbourne halal food guide

Posted: 04 Nov 2010 08:45 AM PDT

Feeling halal but new in town? Let the Melbourne Halal Food Guide guide you to the best halal spots in town, brother, insha allah.* *This list is by no means definitive. Please consult with your preferred 'alim for fulll halal compliancy and peace of mind. The Melbourne Halal Food Guide is not responsible for any shubhah matter ingested by viewers of this video. Video by Lutfi Hakim and Nazir Harith for ASAM.
Views: 87
1 ratings
Time: 01:26 More in News & Politics


BN rampas Galas

Posted: 04 Nov 2010 08:28 AM PDT

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS. Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong. Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3414 undi.
Views: 102
2 ratings
Time: 07:57 More in News & Politics


Sekincan rep caught in a scuffle

Posted: 04 Nov 2010 07:32 AM PDT

A scuffle broke out between several villagers and Sekincan assemblyperson from DAP, Ng Suee Lim when he tried to visit a padi field to investigate a dispute. Story here: www.malaysiakini.com
Views: 268
0 ratings
Time: 01:08 More in News & Politics


20101104-20101104_A_Tribute_to_V_Sarangabani-reencode.mp4

Posted: 04 Nov 2010 06:54 AM PDT

Story to follow.
Views: 1
0 ratings
Time: 07:05 More in News & Politics


BN Kekalkan Kerusi Batu Sapi

Posted: 04 Nov 2010 09:51 AM PDT

SANDAKAN: 04 Nov – Seperti dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan memperoleh 9,773 undi.

Calon BN yang diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya menewaskan dua calon lain.

Calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah mengekori dengan mendapat 3,414 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sekadar memperoleh 2,031 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 8.40 malam tadi.


Selamat Menyambut Hari Deepavali :)

Posted: 04 Nov 2010 08:39 AM PDT

Diharap Diwali tahun ini terus 'menyalakan' semangat dan aspirasi kita dan menjadi lambang landasan untuk berjuang dan berbuat baik.

Nurul Izzah Anwar


HAPPY DIWALI

Posted: 04 Nov 2010 09:10 AM PDT

HAPPY DIWALI to friends and blog visitors who are celebrating this Festival of Lights. This YouTube video is specially chosen for you. I love the music and the song even though I don't understand a single word of it. Makes one feel happy just listening to it.


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

HAPPY DIWALI 2010

Posted: 04 Nov 2010 09:06 AM PDT

HAPPY DIWALI 2010


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

GALAS: Lagi Keputusan Yang Menghairankan.

Posted: 04 Nov 2010 08:54 AM PDT



Kalau dilihat, undi PAS cuma berkurang sebanyak -265 sahaja. Namun, undi Barisan Nasional NAIK sebanyak 1571. Kenaikkan undi BN yang begitu mendadak ini juga kita lihat berlaku di Hulu Selangor.

Bagi saya, ia adalah keputusan yang SANGAT menghairankan. Maklumat lain yang saya dapat, kenaikan mendadak adalah juga disebabkan oleh kenaikan mendadak penduduk orang asli dari 4 pos mengundi. Tidak hairanlah SPR tidak mahu mengira undi orang asli di tempat pembuangan undi dan mahukan undi2 tersebut diangkut ke Dewan Gua Musang.

Kegagalan jentera PAS adalah menghalang penipuan Barisan Nasional ini. Hikmah kekalahan ini adalah supaya PAS seluruh Malaysia muhasabah dan memperdalamkan serta menguatkan jentera serta kerja keras memenangi undi bukan Melayu.

Kalau kita gagal menghalang penipuan UMNO, kita akan kalah pilihanraya. Jangan patah hati dengan kekalahan yang datang dari penipuan UMNO ini.

Inilah cara tradisi BN hendak menang pilihanraya, yakni melalui keputusan2 yang sangat menghairankan.


Allahu As Samad ~ Allah, the Eternal Refuge

Posted: 04 Nov 2010 07:32 AM PDT



112:2
Transliteration
Allahu assamad
Sahih International
Allah , the Eternal Refuge.
Muhsin Khan
"Allah-us-Samad (The Self-Sufficient Master, Whom all creatures need, He neither eats nor drinks).

This 2nd verse of the Suratul Al Ikhlas defines Allah the Almighty to be As Samad.


The Eternal Refuge of the entire Creation! It is He, Allahu Rabbi Who is the Self Sufficient Master of the Universes.


Allah exists on His own without the need for anything. He does not need anything of His creation. Instead it is His Creation who need Him.


Allah the Almighty created the heavens and the earth. We who are His Makhluk @ Creation come to exist only through His Will.


We have our self's only through His Permission and it is He who decides what we become and we will perish as He Pleases.


This life that we are enjoying is only through His Permission and whatever we accomplish in this earthly life comes through His Taqdeer @ Fate that He has set forth for us!


It is inconceivable for anything to come into existence without the Will of Almighty Allah.


We who were first created as souls came to be conceived in our mother's womb only through His Will with the consummation of the physical and spiritual convergence of our parents.


We who first started off as a zygote and developed in phases came to be imbued with all that Allahu Rabbul Alamin bestowed upon us and we were born into this world feeble and helpless save for what He Willed us to be? 


It is Allah who created all that is present in this life whether it be of a spiritual  or of a physical nature and it is He Who set forth the balance of this life as we have come to know and learn of it?


Mankind is still discovering realms of this earthly existence in only the last couple of millenniums about the origins of this and that and yet there are many who fail to recognize that whatever it is that we have come to learn and discover of this earth is only a wee smattering of all that is created for us here in this existence?


Allahu As Samad.


It is He who created the Malaikats @ Angels, the Djinns and Mankind whereas He doesn't have any need for such of His Creations. 


Allah created air, atmosphere and light but He does not have any such need for all these save His Creation @ those of us Mankind, Djinns and the Malaikats who need all these in order to exist and survive!


The entire Creation needs all these to be and to survive. That's the reality of what the 2nd verse of Surah Al Ikhlas contains and means?


As human beings, despite the perfect order of our creation and the splendid arrangement of our entire being, replete with absolute creation of each and every part or organ of our anatomy, we still need His Mercy to be a living, breathing, perfectly functioning being?


If any of our anatomy goes out of tune or sync, we suffer its consequences by way of deterioration of our health and well being.


The way Allahu Ta'ala has created us with a perfect synchronization between our physical, spiritual and mental self ought to be a subject of study for those of us who appreciate what we have all been bestowed with and to cherish what we have before it is taken away either by His Will or as a fluke of our destiny brought about either by our own conscious decision to either benefit or harm ourselves by such choices?


Do we stop for a moment and consider all these?


We who are His Creation have every need of Him but He does not have any such need of us.


That's the gist of what As Samad means?


He is Self Sufficient but we are not.


Those who out of either their own ignorance go on and worship something else which needs their obeisance only end up fooling themselves and waste away the golden chance that is their lifetime on an exercise in futility.


Allah the Eternal Refuge of those amongst us who know how to appreciate and cherish this life that He has given us owe it to ourselves to use our God given intelligence to differentiate between what is right and what's not?


It is His right to be worshiped by us and it is only He Who merits such honor and respect. Not some inanimate object created and crafted by our own hands and mis-appropriately be taken to be a deity through false belief by the legions of those who despite being given the faculty of reason and logic fail to put such abilities to good use?


Thinking Man should consider if Allah the Almighty were to put a stop to all that He has set forth in motion?


The orbits of the intergalactic planetary functions. The sun, stars, moon, earth, etc. were to all stop for just five minutes? Have we ever considered the consequences of such an event upon us?


Even for one split second if the entire universes were to grind to a halt, chaos and tumult would ensue upon the entire creation.


Let's say that Allah is to stop our body from functioning for just five minutes? 


The resulting imbalance of our entire internal body organs will bring about all kinds of malfunctions that will affect our being.  


The resulting chaos upon our body systems will cause us to go off centre. Only those who are capable of rational thought and considerations of all such repercussions of such a stoppage of the way Allah has set everything here on earth and in the unseen realms of existence can even start to imagine what will happen if He So Desires such an inconceivable event to take place?


Do not take Allah in vain.


Cherish Him and Worship Him Who needs us not but has through His Infinite Oceans of Mercy so given us a chance to be here at His Pleasure.



51:56
Transliteration
Wama khalaqtu aljinna wal-insailla liyaAAbudoon
Sahih International
And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.
Muhsin Khan
And I (Allah) created not the jinns and humans except they should worship Me (Alone).


It is only through His Mercy that we come to be?


Do we still choose to be obstinate and Deny Him?


Verily some amongst Mankind are recalcitrant beyond belief? They fail to even ponder for a moment as to the way they have been created and as to the consequence of any of their given attributes be taken away?


We fail to appreciate our eyesight until we turn blind!


We fail to appreciate our sensory organs until they lose their functions?


We fail to appreciate this life until our last breaths are upon our nostrils and our pumping heart starts to quiver and falter....


At that moment, all of our arrogance, all of our monstrous egos will come to naught.


We will see with the fading light our life just start to dissipate away...


Will we still choose to Defy Him?


Alas...such a moment of regret will come to be of no benefit to us then....


Think before your faculty of thought comes to a grinding stop?


May Allah bless and guide us all.


Ameen.


Happy Deepavali

Posted: 04 Nov 2010 07:18 AM PDT

This Blog would like to wish everyone out there:

 

Happy Deepavali

 

 



Culture of violence

Posted: 04 Nov 2010 06:54 AM PDT

DPM Muhyiddin asked: Is violence a PAS culture in relation to alleged PAS aggression during the Galas by-election.

Meanwhile, we read too in Malaysiakini of Ng Suee Lim, the DAP representative in Sekinchan being bashed in Tanjong Karang, allegedly by 30 UMNO members.

Noh Omar, the Agriculture Minister said Ng got what he deserved for 'coming into someone's territory'.

Ahem, who was it that Muhyiddin asked whether violence was part of their culture?

Meanwhile in Penang, Mohd Ghani Abdul Jiman, the VP of the Komtar Traders Association and also UMNO-ite challenged DAP Ng Wei Aik to a fisticuff.

Now, who was it that Muhyiddin asked whether violence was part of their culture?

And of course we already know that the brother in law of Teoh Beng Hock was brutally shoved to the ground by Senator Heng's minders. Chua Soi Lek refused to apologise for MCA's thuggish behaviour in spite of photographic evidence of the MCA's hooliganism. Maybe he wanted then to be on DVD before he would accept the truth?

Err ... what was my question again?


Finally but not the least, who was it at the recent UMNO general assembly who talked about 'crushed bodies' and dire consequences if UMNO's special privileges were questioned?

Muhyiddin, any more questions?


No comments: